Mengapa Makan Coklat?
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
|
Sumber : Persatuan Pengilang Coklat |
Bilakah Kita Membeli Coklat?
Coklat sesuai untuk dibeli setiap masa, lebih-lebih lagi pada hari-hari istimewa seperti Hari Krismas, Hari Kekasih dan sebagainya. Memandangkan coklat merupakan makanan yang kaya dengan sumber tenaga dan senang dibawa ke mana saja, ianya sering dijadikan makanan dalam pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan lain-lain. Ia merupakan makanan 'wajib' di kalangan pengembara.
|
Peratus Tenaga Dari Protin, Lemak Dan Karbohidrat Dalam Coklat Susu Dan Tanpa Susu
Jenis | % Sumbangan Tenaga | ||
Protein | Lemak | Karbohidrat | |
Coklat Kosong | 4% | 57% | 39% |
Coklat Susu | 7% | 52% | 41% |
Coklat Putih | 5% | 51% | 43% |
1 komentar:
uenak ya.....
Posting Komentar